CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, January 4, 2009

aku bukan krimer mahal :P

Subject: Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer)

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir.
Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya.
Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan
oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya.
Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad
menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah
dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan
penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah
bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum
Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang
manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit
(non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama
sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer


3.Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine


6.Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira
10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa
membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini
dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang
sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana
mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini
kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama
bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam


Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM

Berusaha Dan bertawakal...insyallah , - rezeki itu bukan kerana Ada sijil
SPM, (kata Azmil Mustapha)...mari Kita Cuba ...Allahhuakhbar...

Insya Allah

Allahu Akbar!
Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini .
Ke rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak
Disangka
-sangka...
Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu... Tapi
Limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...
Subhanallah! Alhamdulillah....
Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu Dan
Insya-Allah
Kehidupanmu akan bertambah baik Dan buktinya dalam 12 jam kamu harus
Percaya akan keajaiban bulan ini

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD,
AL-KADIR, AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM
                                                                           
ALLAH SWT TIDAK
 PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU     
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 12 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.

TANTRA TOTEM..menarik!

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu",maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH....
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS...
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Harap Baca Wasiat ini

Assalamualaikum,

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH

DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN.

WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT

TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.

WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada

sauatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam

Rasullullah s.a.w .. selepas hamba membaca lalu

tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah

s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:-

dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini,

tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,

2. Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang

miskin.

3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat

kebajikan.

Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat

kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-

1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu

pintu langit akan tertutup.

2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.

3.Matahari akan turun di atas kepala.

Pesan Hamba :-

1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad

s.a.w

2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat

masih terbuka.

4. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.







Semoga anda juga akan berbuat demikian setelah membacanya.
INSYAALLAH

Dosa Berkuku Panjang

Dosa Berkuku Panjang


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.
Wallahu a'lam Wassalam.

KAABAH ENGGAN BERGERAK

just for sharing info...




KAABAH ENGGAN BERGERAK


Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap.
Ketika melalui ' Karak Highway ' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik.

Saya balik ke rumah dan mandi. Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman. Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan
tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia
akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah
tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan
diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Wallahua'lam

Minum air suam


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

TELOR OH TELOR

[http://1.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/SRz6Z2b_snI/AAAAAAAAP_8/oWN5a1qxC1E/s400/anjing+tidur.jpg]<http://1.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/SRz6Z2b_snI/AAAAAAAAP_8/oWN5a1qxC1E/s1600-h/anjing+tidur.jpg>

[http://1.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/SRz6ZpDU3gI/AAAAAAAAP_0/Ym2BUZXKFbs/s400/telur+dan+anjing.jpg]<http://1.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/SRz6ZpDU3gI/AAAAAAAAP_0/Ym2BUZXKFbs/s1600-h/telur+dan+anjing.jpg>


Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu Subang.Depa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi......Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story
Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah
pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabka n yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Berapa Harga Isteri Anda..???

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut 'kendur' atau menggelebeh pulak..

Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah
,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..'offer' lah pada suami,

Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih…


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang
bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia

terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses
ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


'Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

'Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia'......



Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): 'Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!'


Marilah kita ucapkan kalimah ini:

'Laa ilaaha illallah!' x 10

MASJID TANPA BUMBUNG

tanpa bumbung...AllahuAkbar!!Masjid kite ade bumbung..SYUKUR Alhamdulillah::





Thailand - Believe it or Not - Pokok berbuahkan perempuan

This is amazing tree named 'Nareepol' in Thai.Naree means 'girl/woman' and
pol means plant/tree or 'buah' in Malay.It means women tree.It is amazing what God create the World in many forms
that amused human beings.....You can see the real tree at Petchaboon province about
almost 500 kms away from Bangkok





TANPA SEURAT BENANG... 18SX (shhy! look around b4 open)




HADIAH MALAM JUMAAT


Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.
Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak
berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan.

Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan, Malaikat mendatangi para ahli
kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk, Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al
Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu.

"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang
masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al–Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-
orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.

Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan
minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang
dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku.
Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia
terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih,aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "

"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.

"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya?"

"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) "

BAYWATCH 2008 (latest season)