CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, March 8, 2009

Rambut jadi penghalau babi hutan?

Percayakah anda rambut manusia boleh dijadikan bahan untuk menghalau babi hutan?

Kalau difikir sejenak, memang pelik dan tidak masuk akal kerana tidak disokong bukti saintifik.

Bagaimanapun, teori itu dibukti- kan seorang pengurus ladang kelapa sawit di Pulau Sebatik, Mohd. Nuin Rusni yang menggunakan rambut untuk mencegah haiwan itu memusnahkan tanaman anak kelapa sawit di bawah seliaannya.

Pengurus Ladang Kampung Sungai Laba itu mendakwa, kaedah menabur rambut manusia berhampiran anak pokok sawit berjaya mencegah anak pokok itu daripada dimusnahkan babi hutan yang gemar memakan anak pokok tersebut.

"Sebelum ini, jika kami tanam 300 anak pokok kelapa sawit hari ini, keesokan harinya kita akan dapati kesemua pokok berkenaan musnah digali dan dimakan babi hutan.

"Bagaimanapun, selepas menaburkan rambut manusia berhampiran pokok kelapa sawit, anak pokok tidak dimusnahkan babi hutan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pulau itu baru-baru ini dan menurutnya kejayaan yang dicatat- kan ialah 95 peratus.

Menurut Nuin, kaedah menggunakan rambut manusia untuk melindungi anak pokok sawit dipela- jarinya melalui pengalaman ketika bertugas di sebuah ladang sawit di Sandakan sebelum ini.

0 comments: